Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 7, 2013

Hi!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dear once..

Another 37 days la..terlopong mulut sekejap tengok. Lama dah tak update blog sebab bz with the new works, new enviroment and new ofismate.

Ok ok lets start update again..

First thing, dokumen untuk nikah still pending sebab tunang laili ni memang lembap sikit. hahaha. boleh cakap cmtu eh. Tawakal je la, InsyaAllah Allah permudahkan. klau tgk kat blog, rata-rata dokumen nikah tu kene siapkan 3 months sebelum nikah untuk memudahkan proses book tok kadi and so on. tapi laili terpaksa pasrah sebab dapat tunang yg super bz **kononnya la kan** . Tarikh kitorg seminggu lepas cuti sekolah, InsyaAllah tok kadi available.

Second thing pulak, doorgift untuk jemputan yang datang. dah 80% siap. tinggal nak ikat riben dan tali pemegang. Alhamdulillah ramai tenaga buruh yang bantu sepanjang 3 minggu ni. hehe. TQ u all.
Eh, terlupe nak bagitau. Untuk doorgift, laili dan mak setuju untuk bagi towel muka untuk jemputan semua. Packaging kitaorang DIY sendiri.


 Ini salah satu design. ada lagi satu design. InsyaAllah laili akan buat review for this. :)

The third thing is tentang pakej perkahwinan yang laili pilih untuk hari bahagia laili. :) At first macam tak nak ada pelamin untuk hari walimatulurus tapi sebab mak laili nak sangat ada pelamin, laili setuju je la kan. kene la fulfill mak punye permintaan kan.
Tak silap, dalam bulan 1/2 baru gi survey pakej perkahwinan kat butik pengantin. Laili dah ada sedikit experience jugak sebab dulu handlekan perkahwinan adik laili dan time tu adik laili tengah study kat jepun. So, tak ada masalah rasanya nak tanya & survey butik pengantin.
Terus survey kat bangi dan jumpe Butik Pengantin & Salun D Ratu Sehari. Tengok pakej yang dorang tawarkan murah dan menarik. Baju pun semua cantik dan menepati citarasa laili. End up, book pakej perkahwinan 2 : RM 2500.00. Apa yang laili dapat dalam pakej tu:

  • 1 pelamin lengkap : laili choose pelamin oval (2 panel) & kerusi panjang (orang butik panggil kerusi basikal)
  • Hiasan bilik tidur : kalau ikutkan orang sekarang, memang hiasan bilik tidur yang simple-simple saja, tp hiasan bilik tidur butik ni, moden-moden jugak. cantik. :)
  • 1 pasang baju nikah (L/P)
  • 1 pasang baju bersanding (L/P)
  • 2 sesi solekan : dah jimat kan, sekarang punya pakej selalunya 1 sesi solekan je.
  • Gaun & Coat / Persalinan / Songket
  • Payung & Bunga tangan
  • Aksesori pengantin
  • Kasut (perempuan shj)
  • Veil & Tudung
  • Batang bunga manggar (2)
  • Cucuk bunga pahar (2)
  • Bekas perenjis
  • Pahar & Alas (3)
  • Tilam nikah
  • Pintu gerbang
banyak kan korang dapat dengan bayaran RM 2500.00. laili pulak jenis tak fussy, so terus je book. Minggu lepas dah gi fitting and book baju nikah & baju sanding. cume gaun & coat je tak decide lagi, rasa macam nak tukar baju persalinan. I will update soon. :)

Fourth thing pulak ialah adik-adik punye baju time nikah dan walimatulurus nanti. oso my pengapit. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak. Baju adik-adik pakai time walimatulurus beli di Zawara. kebetulan time tu baru keluar that design. terus esoknya gi butik zawara kat bangunan mara (atas mcd) dan zass beli.


Untuk family, time walimatulurus nanti dorang kene pakai peach. Time nikah, ikut suka hati nak pakai colour apa..hahaha. senang kan. so, rasanya colour ni ala-ala peach jugak la sebab colour ni dusty pink sebenarnya. Nama dress ni laili dah lupe, Emily dress kot. Design ala-ala kate middleton punya dress kan. Dress ni butik zawara jual hanya RM89 sahaja. murah dan good quality. Butik pon ala-ala butik mahal. :P

Untuk pengapit pulak, laili minta miss erna (my bff) beli sendiri. Senangkan dan miss erna pon dah beli..Alhamdulillah, perkara ni dah selesai.

Fifth things pulak...ape yer.. oho, barang hantaran dan hiasan untuk hantaran. Alhamdulillah dah setle. Tinggal nak beli chocolate for 2 sides and cake oso. Barang untuk hiasan hantaran pon dah beli kat Fah Lean Trading di balakong. sekarang ni tengah ada sale, kebanyakkan bunga dan barang hiasan hantaran ada diskaun 20-30%. so, boleh jimat lagi kan. Seminggu sebelum tarikh nikah kene start deco ikut sample gambar hantaran yang dah di save. :)

Hal-hal yang masih pending:
  • kasut pengantin : ade dalam pakej tp teringin nak pkai kasut glitter..:P
  • shawl utk nikah & sanding : ada dalam pakej tp teringin nak shimery shawl..ngade kan.:P
  • distribute kad kahwin
  • reminder frens about majlis & invite them dlm fb
  • beli setem untuk pos pada fren yang jauh-jauh
  • beli doorgift special for belah pengantin lelaki 
  • DIY tangga
for now on, ini je la. nanti kalau teringat kene update..hehehe..

till then.. Assalamualaikum.. Selamat Malam..

Lurve

Laili