Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 7, 2013

Hi!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dear once..

Another 37 days la..terlopong mulut sekejap tengok. Lama dah tak update blog sebab bz with the new works, new enviroment and new ofismate.

Ok ok lets start update again..

First thing, dokumen untuk nikah still pending sebab tunang laili ni memang lembap sikit. hahaha. boleh cakap cmtu eh. Tawakal je la, InsyaAllah Allah permudahkan. klau tgk kat blog, rata-rata dokumen nikah tu kene siapkan 3 months sebelum nikah untuk memudahkan proses book tok kadi and so on. tapi laili terpaksa pasrah sebab dapat tunang yg super bz **kononnya la kan** . Tarikh kitorg seminggu lepas cuti sekolah, InsyaAllah tok kadi available.

Second thing pulak, doorgift untuk jemputan yang datang. dah 80% siap. tinggal nak ikat riben dan tali pemegang. Alhamdulillah ramai tenaga buruh yang bantu sepanjang 3 minggu ni. hehe. TQ u all.
Eh, terlupe nak bagitau. Untuk doorgift, laili dan mak setuju untuk bagi towel muka untuk jemputan semua. Packaging kitaorang DIY sendiri.


 Ini salah satu design. ada lagi satu design. InsyaAllah laili akan buat review for this. :)

The third thing is tentang pakej perkahwinan yang laili pilih untuk hari bahagia laili. :) At first macam tak nak ada pelamin untuk hari walimatulurus tapi sebab mak laili nak sangat ada pelamin, laili setuju je la kan. kene la fulfill mak punye permintaan kan.
Tak silap, dalam bulan 1/2 baru gi survey pakej perkahwinan kat butik pengantin. Laili dah ada sedikit experience jugak sebab dulu handlekan perkahwinan adik laili dan time tu adik laili tengah study kat jepun. So, tak ada masalah rasanya nak tanya & survey butik pengantin.
Terus survey kat bangi dan jumpe Butik Pengantin & Salun D Ratu Sehari. Tengok pakej yang dorang tawarkan murah dan menarik. Baju pun semua cantik dan menepati citarasa laili. End up, book pakej perkahwinan 2 : RM 2500.00. Apa yang laili dapat dalam pakej tu:

  • 1 pelamin lengkap : laili choose pelamin oval (2 panel) & kerusi panjang (orang butik panggil kerusi basikal)
  • Hiasan bilik tidur : kalau ikutkan orang sekarang, memang hiasan bilik tidur yang simple-simple saja, tp hiasan bilik tidur butik ni, moden-moden jugak. cantik. :)
  • 1 pasang baju nikah (L/P)
  • 1 pasang baju bersanding (L/P)
  • 2 sesi solekan : dah jimat kan, sekarang punya pakej selalunya 1 sesi solekan je.
  • Gaun & Coat / Persalinan / Songket
  • Payung & Bunga tangan
  • Aksesori pengantin
  • Kasut (perempuan shj)
  • Veil & Tudung
  • Batang bunga manggar (2)
  • Cucuk bunga pahar (2)
  • Bekas perenjis
  • Pahar & Alas (3)
  • Tilam nikah
  • Pintu gerbang
banyak kan korang dapat dengan bayaran RM 2500.00. laili pulak jenis tak fussy, so terus je book. Minggu lepas dah gi fitting and book baju nikah & baju sanding. cume gaun & coat je tak decide lagi, rasa macam nak tukar baju persalinan. I will update soon. :)

Fourth thing pulak ialah adik-adik punye baju time nikah dan walimatulurus nanti. oso my pengapit. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak. Baju adik-adik pakai time walimatulurus beli di Zawara. kebetulan time tu baru keluar that design. terus esoknya gi butik zawara kat bangunan mara (atas mcd) dan zass beli.


Untuk family, time walimatulurus nanti dorang kene pakai peach. Time nikah, ikut suka hati nak pakai colour apa..hahaha. senang kan. so, rasanya colour ni ala-ala peach jugak la sebab colour ni dusty pink sebenarnya. Nama dress ni laili dah lupe, Emily dress kot. Design ala-ala kate middleton punya dress kan. Dress ni butik zawara jual hanya RM89 sahaja. murah dan good quality. Butik pon ala-ala butik mahal. :P

Untuk pengapit pulak, laili minta miss erna (my bff) beli sendiri. Senangkan dan miss erna pon dah beli..Alhamdulillah, perkara ni dah selesai.

Fifth things pulak...ape yer.. oho, barang hantaran dan hiasan untuk hantaran. Alhamdulillah dah setle. Tinggal nak beli chocolate for 2 sides and cake oso. Barang untuk hiasan hantaran pon dah beli kat Fah Lean Trading di balakong. sekarang ni tengah ada sale, kebanyakkan bunga dan barang hiasan hantaran ada diskaun 20-30%. so, boleh jimat lagi kan. Seminggu sebelum tarikh nikah kene start deco ikut sample gambar hantaran yang dah di save. :)

Hal-hal yang masih pending:
  • kasut pengantin : ade dalam pakej tp teringin nak pkai kasut glitter..:P
  • shawl utk nikah & sanding : ada dalam pakej tp teringin nak shimery shawl..ngade kan.:P
  • distribute kad kahwin
  • reminder frens about majlis & invite them dlm fb
  • beli setem untuk pos pada fren yang jauh-jauh
  • beli doorgift special for belah pengantin lelaki 
  • DIY tangga
for now on, ini je la. nanti kalau teringat kene update..hehehe..

till then.. Assalamualaikum.. Selamat Malam..

Lurve

Laili

Saturday, April 6, 2013

Idea for Bride to Be

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Rasanya klau sapa-sapa yang nak jadi bride to be, mesti dalam kepala nak buat macam-macam kan. Same goes to me!! teheee.. Ada bride to be yang nak buat semua DIY, means dari pelamin, baju & macam-macam lagi. klau yang gitu mmg laili tabik la. :) Laili pon nak DIY jgk tapi tak semua la, sbb banyak jgk yang dah settle dengan vendor majlis. :)

DIY thingy yang laili punyer buat adalah:

  1. Bunga pahar
  2. Hantaran
  3. Deco tangga rumah
  4. Photobooth
  5. Candy Station (Nikah Time)
satu pon laili tak start lagi tau.hehe. Saya Boleh!!!  :)

Apa yang laili nak update is, laili ade idea utk buat Sengkuang calit kaunter pada hari majlis walimatulurus tu nanti. korang tau ker ape tu sengkuang calit?? sila la google yer..time makan ni mesti ingat time kecik-kecik dulu balik dari sekolah mesti beli. 
Biler terpikir nak buat time walimatulurus nanti, terus google, maner tau ade orang yang boleh provide kuah sengkuang calit tu secara borong. Google punyer google jumper ade 2 vendor ni yang boleh provide :
Old time sengkuang boleh provide gerai & org yang incharge sekali. Yang ni myb mudah sbb keluarga kite tak yah la sibuk-sibuk nak jage gerai tu tp myb costing lebih sikit la. Dua-dua ni laili dah mintak quotation & im waiting for their reply. InsyaAllah get a good news & affordable price. I will update soon k bride to be..:)

Tak sabar pulak rasanya nak kenduri ni..heheheh..:)

bride to be 

Laili

Thursday, April 4, 2013

Just a bit :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sapa nak tengok kad kahwin saya yang ilham lagenda draf kan. :) jeng jeng jeng..

Cite pasal ilham lagenda ni bermula dari sini.. Kisah kad kahwin ni start kat sini.
Lepas laili emel dorang map, esoknya dorang terus come out with artwork yang pada laili sangat berpuas hati. Cuma ada kesalahan skit pada map and ada perubahan & tambahan pada nama. Esoknya pulak, dorang comeout deraf artwork selepas perubahan pertama, siap hantar msg ke hp lagi..:). dan setelah 4-5 hari punya conversation, baru laili setuju & mayb dorang dah hantar for printing. Servis dorang pada laili best & cekap. Sekarang hanya tinggal design bunting (free gift) & button badges (free gift (10 pcs)) yang dorg tak emel lagi. Yang tu lambat sikit pon tak pe, hanya kad kahwin kene awal sbb bulan 5 (sebulan awal) kene distribute pada sanak saudara. :)
Cepat betul la feedback dari ilham lagenda ni. suke suke suke. Alhamdulillah, Allah temukan dengan vendor-vendor yang baik-baik ni. TQ Allah


Teaser teaser teaser **tapi dah nampak sikit-sikit kan..:P

Doakan outcome yang puas hati nyer..InsyaAllah..Amin

bride to be

Laili

Checklist Hantaran

Bismillahhirrahmanirahhim

Assalamualaikum

This is reminder / checklist hantaran for me.hehe. bila dah beli laili akan update satu persatu.

From 'Abg' to 'Laili'

  • Handbag & Kasut *settle
  • Set Make up  *settle
  • Set Perfume *settle
  • Baju/Telekung & Tafsir
  • Kek
  • Set Chocolate
  • Sirih Junjung

From 'Laili' to 'Abg'
  • Kasut *settle
  • Set Perfume
  • Baju
  • Jam
  • Kek
  • Set Chocolate
  • Buah-Buahan
  • buku & sejadah + tasbih
  • Sirih junjung
tak termasuk 'gelang', mas kahwin & hantaran(duit)

bride to be

Laili

Ice Cream Galore Di Majlis Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Tak sempat nak update blog beberapa hari ni. minggu ni baru start kelas for our new Sem 2/2013. InsyaAllah, kami (BIT 13) dapat menempuh segala ranjau berduri sepanjang mencari ilmu untuk semester ni. Amin.

Ok. Laili bercita-cita nanti untuk majlis walimatulurus nak sediakan ice cream untuk tetamu yang datang. Impiannya mcm tu la. Mesti budak-budak & mak/bapak budak excited nak makan ice cream time majlis nanti, lagi-lagi klau time cuaca panas kan. hehe..

So, Laili pon google dari last year jgk la & jumper a few vendors:

Laili pon dah mintak qoutation kat Wafi, tp macam tak in the budget. Kawan laili ada amik Wafi Soft Ice Cream punya service on their wedding day. Not bad, service ok & ice cream sedap. Beratuq panjang nak amik ice cream. 2 orang penjaga (staff Wafi, pkai baju Wafi) yang jaga kaunter ice cream. Sapa-sapa berminat boleh contact dorang melalui fb yer, cepat jugak feedback yang diberikan.

Akhirnya, cari punya cari, google punya google, baru jumpe yang in the budget. Itupon kawan laili yang google & jumpa. Laili ingat nak amik 1000cups ice cream yang mcm kat bawah ni:


yang ini dari Polar Ice Cream, Malaysia. Kilang Polar Ice Cream ni di Balakong. Boleh tengok website dorang. :) Laili pon terus call kilang tersebut, dorang bagi quotation for Baby Cup is RM 14.40 for 1 katon. 1 katon ada 24 cups yer tuan puan. Jadi, satu cup lebih kurang 0.60 sen satu. Alhamdulillah, in my budget.

Yang bestnya, orang kilang tu bagi no agent yang boleh menyenangkan lagi keja kite. Bukan senang ye nak gi amik ice cream tu kotak banyak-banyak dari kilang, lepas tu nak sort out ke freezer lagi. So, nasib baik org kilang tu bagi no agent yang akan hantar sampai ke rumah yer. Sapa-sapa yang berdekatan dengan hulu langat boleh contact :-
  1. Ermawati : 012-2596929 (Hulu Langat)
  2. Negarajah : 016-3039448 ( Semenyih)
Laili pilih uncle negarajah sbb dia bagi harga berpatutan dan dia sediakan freezer skali. Buat masa ni, service die sgt ok, die explain details service yang dia bagi & sgt peramah. :)

InsyaAllah doakan impian nak ada ice cream station berjaya yer. Myb sabtu & ahad ni nak gi bayar deposit untuk book tarikh uncle tu. Wish me luck. Hope entry ni sgt membantu bride to be diluar sana yang nak ada ice cream station juga. :)

bride to be

Laili

Wednesday, March 27, 2013

Review E-Day : Mini Dais (3D Flower)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Seperti dijanjikan, laili nak review mini dais yang laili buat untuk majlis pertunangan hari tu..hehehe..alhamdulillah, Allah bagi idea last minit utk laili comeout with these. Last survey, 2 weeks sebelum tunang gi ke jln TAR, singgah kedai reben utk beli lace n bits..singgah kat kedai bawah tu n tgk bunga 3D form dalam rm30/rm20 satu..mahalnya!! pastu pikir baik buat sendiri..heheheh

Pastu google n combine the idea, n terhasillah mini dais yang tak seberapa ni..

cantik tak?



Tak susah untuk B2B plan buat DIY mini dais sendiri..Mula-mula, tetapkan dulu tempat yg nak buat tu..Ape yg diperlukan adalah:

1. Kain Lycra dalam 2 meter klau nak kedut2 banyak beli 3 meter..mcm laili, kawan yg beli di jakel KL n laili pinjam je
2. Lampu Stand - beli dari ikea..tu pon kawan punyer, rasanya 1 lampu tu rm 39.90..klau dah abis majlis still boleh gune lagi kan..:)
3. Carpet - Laili beli kat ikea..rasa nya dalam seratus lebih tp carpet ni pon still boleh gune lagi lepas ni..**ni adik yang beli**
4. Kerusi - Kerusi tu mmg ada kat umah laili, so pakai je..klau xde kerusi, boleh duduk atas carpet or sewa la bantal nikah kan.
5. Bantal kecik2 - kawan punyer n pinjam..bantal tu boleh beli kat mane2 kedai House Deco, parkson pon ade..

**update : entry ni rupernyer dalam draf, punyer la lama. hehehe..

Insyaallah, untuk 3D flower ni, laili akan buat jgk untuk wedding day nnt. fikir nak letak kat tangga untuk turun nnt. :) Laili dah janji kan nak buat tutorial, insyaallah nxt entry yer


cantik kan dalam gambar.. puji diri sendiri. :)  rasanya mcm baru jer bertunang, tup tup dah nak kahwin dah bulan 6 ni. :)


Harap-harap persiapan untuk perkahwinan laili ni berjalan dengan lancar. Amin

bride to be

Laili

Persiapan Kad Kahwin

assalamualaikum..

kali ini, laili nak share al kisah preparation untuk kad kahwin kami. Pada laili, klau boleh nak save pada kad kahwin, budget sekitar 0.30 sen 1 pcs. Persoalannya, ada lagi ke kad kahwin tahun ini harga cmtu? hehe.. Sebulan sebelum ni, asyik survey kat area bangi, paling jauh pergi ke Pertama Complex. Mahalnya kad kahwin kat Pertama Complex, ingtkan murah. Cantik mmg cantik tp itu bukan spec yang laili nak.

Pada laili, apa yang penting pada kad kahwin adalah:

  1. Nama Pengantin : mesti jelas & terang, tulisan tu janganlah nak style sgt smp org-org tua tak boleh baca..:)
  2. Tarikh & Waktu Majlis : yang ni pon sgt2 lah penting.
  3. Map : Peta lokasi majlis pengantin amatlah penting, klau kad kahwin cantik tp map ringkas sgt smp org tak dapat cari rumah, susah la jgk kan.
  4. Simple & Cute : tak perlu nak fancy sgt..:)
Majlis laili insyaallah bulan 6, jadi bulan 5 mestilah dah nak distribute kat org-org yang dijemput. Sepatutnya, laili dah tempah dan akhir bulan 4 mesti dah siap & ada in hand laili. Kelam kabut jgk la cari-cari vendor untuk kad kahwin yang sesuai. Akhirnya, Allah permudahkan. TQ Allah. Laili jumpa ngn Ilham Lagenda :)

Laili tak ingat macam mana boleh jumper ngn ilham lagenda ni, agaknya fb hooping & terjumper. Double happiness sbb time tu dorg tgh buat offer yg rasanya sgt berbaloi-baloi.


Just RM280, anda akan dpt mcm dalam gambar diatas. Tgk design dorg ada yang berkenan, so proceed with the order & ilham lagenda pon confirm dpt order laili. Alhamdulillah. :)
Tunggu jgk dekat seminggu, tak de feedback dari ilham lagenda thru emel. Hati rasa tak sedap. Pikir-pikir, dorg ni process ke tak? ke tgh buat deraf kad.. hehehe runsing smp pikior mcm-mcm kan.. :)
Last-last, call terus dorg. Eh, for u all information, pejabat dorg kat Bukit Berendam, Melaka. jadi segala conversation haruslah melalui online & phone. Call dorg & tanya status order, rupanya dorg terlepas pandang. Nasib Allah dorongkan hati untuk call, & dorg terus suruh emel map.

Haih, nak buat map ni pon pening kepala jgk tau & akhirnya come out with this.. :)


Harap-harap, ilham lagenda faham la map laili ni, sbb laili tgk pon dah pening.. hehe.. Design utk kad laili tak boleh preview lagi sbb nnt tak surprise.hehe.. boleh cmtu tak?

Design dorg not bad jgk, pada laili la sbb laili bukan high demand sangat utk design. Design yang ada ni pon ade yang rasanya sesuai dgn kehendak laili. ^_^vv




Ini design yang mmg dah ada. Untuk yang nak 'custom made' kad kahwin, laili tak sure cmner, boleh emel ke ilham lagenda yer.

Pada laili buat masa sekarang, service dorg sangat ok, even dorg terlepas pandang order laili. Tangkas dorg reply emel lepas tu, ada hikmah disebalik terlepas pandang tu. :) Harap-harap, it will turn out kawaii, cute, & menepati quality apa yang laili nak, Insyaallah. amin amin amin.

bride to be

Laili

Tuesday, March 26, 2013

Checklist Untuk Persiapan Kahwin (W-Day)

assalamualaikum..

huhuhu..lamenye tak update persiapan untuk w-day :( ..ish ish..sangat pemalas la bride to be ni.. so for now on, nak janji will update the progress & preparation for the W-day nnt..InsyaAllah.. doakan laili yer.. :)

so far, the checklist seperti dibawah:

Tarikh/Hari/Masa

  • Nikah  :  14 Jun 2013 
  • Walimatulurus/Resepsi : 15 Jun 2013
  • Bertandang : *Tak decide lagi
Tempat
  • Nikah & Resepsi : Home Sweet Home
  • Bertandang : * Tak decide lagi
Tema
  • Nikah : Putih
  • Resepsi : Purple & Magenta
  • Hantaran : Peach & Pink
Vendor
  1. Pelamin, Baju Majlis(L&P)
  • Pelamin : D Ratu Sehari, Bangi deposit paid
  • Baju Nikah (L&P) : D Ratu Sehari, Bangi
  • Baju Resepsi (L&P) : D Ratu Sehari, Bangi
     2.  Official Photographer
  • OP : Cilik Motion Production deposit paid
  • VP : Cilik Motion Production deposit paid
     3.  Katering
  • Katering (Resepsi) : Sri Angsana, Ampang deposit paid
  • Katering (Nikah) : **need to confirm with mak
     4. Kad Kahwin
  • Kad Kahwin : Ilham Lagenda, Melaka (online) on progress
DoorGift
  • Nikah : Keronsang (Perempuan) , Butang Baju Melayu (Lelaki) 
  • Resepsi : *Tak decide lagi
Lain-Lain

  1. Kursus Kahwin : Saya , Abg
  • melakukan pemeriksaan kesihatan (HIV) : Saya , Abg
  • Sediakan surat akuan bujang : Abg
  • Borang kebenaran nikah : Saya , Abg
  1. DJ : Pakcik saya     setle
  2. Tempah Kompang 
  3. Beli kain/tempah baju family:
  • Nikah : 3 org Adik
  • Resepsi : Family & Pengapit (Erna)
     5.  DIY bunga pahar : 100 pcs 
     6.  DIY Hantaran
  • DIY Bantal Hantaran
  • DIY bunga hantaran
     7.  Persiapan Bilik Pengantin
  • Cadar
  • Hiasan
     8.  Book Homestay : Family Abg

_______________________________________

banyak lagi yang tak siap..InsyaAllah selesai satu persatu.. 1 April dah start kelas di UKM semula. Doakan Allah bagi kekuatan pada laili untuk gigih siapkan DIY bunga pahar & hantaran tu.. :)

Bride To Be

Laili