Daisypath Wedding tickers

Saturday, April 6, 2013

Idea for Bride to Be

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

Rasanya klau sapa-sapa yang nak jadi bride to be, mesti dalam kepala nak buat macam-macam kan. Same goes to me!! teheee.. Ada bride to be yang nak buat semua DIY, means dari pelamin, baju & macam-macam lagi. klau yang gitu mmg laili tabik la. :) Laili pon nak DIY jgk tapi tak semua la, sbb banyak jgk yang dah settle dengan vendor majlis. :)

DIY thingy yang laili punyer buat adalah:

  1. Bunga pahar
  2. Hantaran
  3. Deco tangga rumah
  4. Photobooth
  5. Candy Station (Nikah Time)
satu pon laili tak start lagi tau.hehe. Saya Boleh!!!  :)

Apa yang laili nak update is, laili ade idea utk buat Sengkuang calit kaunter pada hari majlis walimatulurus tu nanti. korang tau ker ape tu sengkuang calit?? sila la google yer..time makan ni mesti ingat time kecik-kecik dulu balik dari sekolah mesti beli. 
Biler terpikir nak buat time walimatulurus nanti, terus google, maner tau ade orang yang boleh provide kuah sengkuang calit tu secara borong. Google punyer google jumper ade 2 vendor ni yang boleh provide :
Old time sengkuang boleh provide gerai & org yang incharge sekali. Yang ni myb mudah sbb keluarga kite tak yah la sibuk-sibuk nak jage gerai tu tp myb costing lebih sikit la. Dua-dua ni laili dah mintak quotation & im waiting for their reply. InsyaAllah get a good news & affordable price. I will update soon k bride to be..:)

Tak sabar pulak rasanya nak kenduri ni..heheheh..:)

bride to be 

Laili

Thursday, April 4, 2013

Just a bit :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sapa nak tengok kad kahwin saya yang ilham lagenda draf kan. :) jeng jeng jeng..

Cite pasal ilham lagenda ni bermula dari sini.. Kisah kad kahwin ni start kat sini.
Lepas laili emel dorang map, esoknya dorang terus come out with artwork yang pada laili sangat berpuas hati. Cuma ada kesalahan skit pada map and ada perubahan & tambahan pada nama. Esoknya pulak, dorang comeout deraf artwork selepas perubahan pertama, siap hantar msg ke hp lagi..:). dan setelah 4-5 hari punya conversation, baru laili setuju & mayb dorang dah hantar for printing. Servis dorang pada laili best & cekap. Sekarang hanya tinggal design bunting (free gift) & button badges (free gift (10 pcs)) yang dorg tak emel lagi. Yang tu lambat sikit pon tak pe, hanya kad kahwin kene awal sbb bulan 5 (sebulan awal) kene distribute pada sanak saudara. :)
Cepat betul la feedback dari ilham lagenda ni. suke suke suke. Alhamdulillah, Allah temukan dengan vendor-vendor yang baik-baik ni. TQ Allah


Teaser teaser teaser **tapi dah nampak sikit-sikit kan..:P

Doakan outcome yang puas hati nyer..InsyaAllah..Amin

bride to be

Laili

Checklist Hantaran

Bismillahhirrahmanirahhim

Assalamualaikum

This is reminder / checklist hantaran for me.hehe. bila dah beli laili akan update satu persatu.

From 'Abg' to 'Laili'

  • Handbag & Kasut *settle
  • Set Make up  *settle
  • Set Perfume *settle
  • Baju/Telekung & Tafsir
  • Kek
  • Set Chocolate
  • Sirih Junjung

From 'Laili' to 'Abg'
  • Kasut *settle
  • Set Perfume
  • Baju
  • Jam
  • Kek
  • Set Chocolate
  • Buah-Buahan
  • buku & sejadah + tasbih
  • Sirih junjung
tak termasuk 'gelang', mas kahwin & hantaran(duit)

bride to be

Laili

Ice Cream Galore Di Majlis Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum..

Tak sempat nak update blog beberapa hari ni. minggu ni baru start kelas for our new Sem 2/2013. InsyaAllah, kami (BIT 13) dapat menempuh segala ranjau berduri sepanjang mencari ilmu untuk semester ni. Amin.

Ok. Laili bercita-cita nanti untuk majlis walimatulurus nak sediakan ice cream untuk tetamu yang datang. Impiannya mcm tu la. Mesti budak-budak & mak/bapak budak excited nak makan ice cream time majlis nanti, lagi-lagi klau time cuaca panas kan. hehe..

So, Laili pon google dari last year jgk la & jumper a few vendors:

Laili pon dah mintak qoutation kat Wafi, tp macam tak in the budget. Kawan laili ada amik Wafi Soft Ice Cream punya service on their wedding day. Not bad, service ok & ice cream sedap. Beratuq panjang nak amik ice cream. 2 orang penjaga (staff Wafi, pkai baju Wafi) yang jaga kaunter ice cream. Sapa-sapa berminat boleh contact dorang melalui fb yer, cepat jugak feedback yang diberikan.

Akhirnya, cari punya cari, google punya google, baru jumpe yang in the budget. Itupon kawan laili yang google & jumpa. Laili ingat nak amik 1000cups ice cream yang mcm kat bawah ni:


yang ini dari Polar Ice Cream, Malaysia. Kilang Polar Ice Cream ni di Balakong. Boleh tengok website dorang. :) Laili pon terus call kilang tersebut, dorang bagi quotation for Baby Cup is RM 14.40 for 1 katon. 1 katon ada 24 cups yer tuan puan. Jadi, satu cup lebih kurang 0.60 sen satu. Alhamdulillah, in my budget.

Yang bestnya, orang kilang tu bagi no agent yang boleh menyenangkan lagi keja kite. Bukan senang ye nak gi amik ice cream tu kotak banyak-banyak dari kilang, lepas tu nak sort out ke freezer lagi. So, nasib baik org kilang tu bagi no agent yang akan hantar sampai ke rumah yer. Sapa-sapa yang berdekatan dengan hulu langat boleh contact :-
  1. Ermawati : 012-2596929 (Hulu Langat)
  2. Negarajah : 016-3039448 ( Semenyih)
Laili pilih uncle negarajah sbb dia bagi harga berpatutan dan dia sediakan freezer skali. Buat masa ni, service die sgt ok, die explain details service yang dia bagi & sgt peramah. :)

InsyaAllah doakan impian nak ada ice cream station berjaya yer. Myb sabtu & ahad ni nak gi bayar deposit untuk book tarikh uncle tu. Wish me luck. Hope entry ni sgt membantu bride to be diluar sana yang nak ada ice cream station juga. :)

bride to be

Laili